Kerjaya seni Erysha Emyra

Baru-baru ini pada 2023, dia membintangi drama bersiri Perempuan Itu arahan Ain Sharif dan Isma Yusof memegang watak sebagai Wardah. Selepas Perempuan Itu, Emyra sekali lagi menjadi tumpuan apabila memegang watak utama menerusi drama Chinta Wrong Direction bergandingan bersama Hun Haqeem. Dia mendaftarkan diri ke kelas lakonan bagi membuktikan kepada khalayak bahawa dia layak berada di dalam industri kerana kesungguhan dan bakatnya.

Seperti yang kita sedia maklum, dia seorang model bebas, dia telah ditaja pelbagai jenama, terutamanya jenama kecantikan, dan berkongsinya di Instagramnya.